<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\759118241600055152353\46blogName\75Cenderawasih+Burung+Kayangan\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLACK\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://cenderawasihburungkayangan.blogspot.com/search\46blogLocale\75en_GB\46v\0752\46homepageUrl\75http://cenderawasihburungkayangan.blogspot.com/\46vt\75-735292408360352127', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

CENDERAWASIH BURUNG KAYANGAN

Sunday, 8 July 2012



Salam petang semua

Pena ini masih menari-nari mengilham sesuatu yang tercetus dalam ruang minda. Perlu dilukis ke dalam sebuah ruang agar dapat dimanfaatkan semua.

Saya rasa bersyukur kerana diberikan rezeki yang melimpah-ruah mungkin kerana saya bersyukur ke hadrat kurnia Illahi. Tiada apa yang harus dicari melainkan keredhaan Allah SWT. Cuma rasa khuatir di hati mengingatkan tentang kematian. Bagaimana saya akan berjumpa dengan Maha Pencipta? Takut juga. Oleh itu saya berdoa saya diberikan taufik hidayah dan kesihatan yang sebaik mungkin.

Tiga perkara yang masih mengikuti selepas kematian seseorang itu adalah :

1  ilmu yang bermanfaat
2  amalan yang baik
3 anak yang soleh

Semoga kita semua berlumba-lumba mencari keberkatan hidup. Selamat menjalani ibadah puasa yang akan datang. Tidak sabar rasa!!!

Cenderawasih Burung Kayangan
8.7.2012

02:44




Monday, 5 March 2012



Hargailah ibu bapa yang tersayang


Di sini, ingin saya rakamkan Puisi Buat Ayah :

                                  Ayah

Ayah
Dedaunan yang gugur
Titisan embun pagi
Mentahari di pagi hari
Kau tetap gagah
Badanmu yang gagah
Di mamah usia
Kau menjadi lesu
Namun Kau tabah menghadapiNya


Ayah
Kaulah manusia sejuta bintang
Tabah menghadapi segalanya
Tabah menghadapi segalanya
Tekun mencari rezeki
Menghitung titik peluhmu
Supaya kami semua mendapat sesuap nasi
Tidak pernah kau mengeluh
Tidak pernah kau merintih
Tidak pernah kau layu
Melihat kami semua
Berjaya.


Ayah
Dahulu  aku rasa sayu
Di mana hilangnya ayah?
Kenapa ayah ke rumah Allah?
Sedangkan kami merindui
Kini barulah aku sedar
Pengorbananmu
Bukan pada kami
tetapi juga
Pada Yang Esa.




Ayah
Sampai pada saat ini
Aku masih berasa seperti bermimpi
Adakah benar kau tiada?
Ataupun kau hanya tidur lena?


Ayah
Mengapa kau pergi dulu?
Sebelum dapatku berikan
bulan di langit
Mentari di ufuk pagi
Pelangi di kala ia berwarna.


Ayah
Maafkan anakmu ini.
Tiada pengganti sebaiknya
Semoga bersemadilah
Semoga digolongkan dikau
Dengan para alim ulama
Dengan para anbiya


Itulah doaku 
Untukmu
Setiap hari.


Anakmu


Cenderawasih Burung Kayangan.

(Ayah saya, Othman bin Abdul Ghafoor meninggal dunia pada 21.2.2012. Pengorbanan beliau masih belum dapat dibalas tapi saya berdoa beliau ditempatkan di syurga Jannah. Selamat bersemadi ayahanda. Di antara sepuluh orang adik-beradik, seramai 6 telah memperolehi ijazah sama ada dari NUS, Madinah, Al-Azahar dan UM. Seorang telah memperoleh ijazah tinggi dan dua sedang menyelesaikan ijazah tingginya di ISTAC dan NTU/NIE)

04:56




Wednesday, 25 January 2012







                Sayang

Pemergianmu ku relakan
Walaupun berat hati membenarkan
Walaupun itu yang bukan ku impikan
Walaupun langkahmu tidak dapat ku halang
Ku iringkan doa tanda kasih sayang
Semoga
Bila 
Dikau kembali kelak
Akan bersinar penghidupan ini


Sayang
Pemergianmu
Meninggalkan suasana yang sepi
Membawa kekosongan di hati
Doaku sayang
Agar dikau
dilindungi
dimudahkan 
urusanmu
agar
bila 


Sayang
kembali kelak
akan membawa seribu
sinaran
pada kebahagiaan
keluarga.
Amin.


                                                                                 

                                                                              
Salam rindu                                                                                  
Isterimu
Cenderawasih burung Kayangan 2012


07:01




Sunday, 22 January 2012



Lagu Cinta

Tuhan
Aku belum mengenali erti cinta
Mungkin aku terlalu lemah untuk mengenalinya;
Mungkin aku terlalu sombong ingin mengetahuinya
Mungkin aku terlalu dangkal dengan diriku sebagai wanita.

Tuhan
Bisikkanlah ke telingaku bahawa
Kelembutan bukan satu kelemahan
Kelembutan wanita suatu kurniaan
Yang diberikan olehNYa untuk yang lemah
Ia bukan penghinaan Tuhan
Sebaliknya di sinilah tanda kasih dan sayangMu

Tuhan
Jinakkanlah diri ini
untuk mengenaliMu
mengenali cintaMu
mengagungkan kebesaran Allah
Nescaya akan lembutlah jiwa ini

Sesungguhnya
Diriku bukanlah semulia isteri
Siti Khadijah
Dan dirimu bukanlah sehebat
Rasullullah SAW

05:02




Monday, 28 November 2011



Antara cinta, cita-cita dan tanda titik bernoktah

Semalam,
Ku pandang usiaku yang masih muda
Ku genggam angan-angan memburu cita
Ku sematkan azam yang nun jauh di sana
Ku pasrah pada Tuhan
Semoga dibekal ketenangan, ketabahan dan kegigihan.

Pada itu
Ku rentangi ombak yang deras
Ku lenyapkan kesunyian di kala keseorangan
Ku tanamkan azam
Suatu hari kelak, kejayaan akan ku genggam.

Kini
Semuanya tinggal kenangan
Dalam memburu ilmu
Ada yang manis dan ada yang pahit
Mungkin esok kejayaan menjadi kenyataan.

Universiti Malaya
Permainan semalam, duka lalu, kenangan kembali
Salam perpisahan buat teman perjuangan
Mungkin esok kita bertemu lagi
Dalam perjuangan yang tiada henti.

Universiti Nanyang
Mungkin ini cintaku yang tiada henti?
????????
Yang pasti ...
Aku sendiri kurang mengerti.

Suami tercinta dan anak-anakku
Terimakasih kerana menjadi sumber inspirasi
Dalam kehidupan ini...

Cenderawasih Burung Kayangan



13:59




Thursday, 10 November 2011



Akhir kata.....





Pena ini akan senantiasa menari merakamkan hati dan jiwa seorang yang bergelar guru. Maskot burung cenderawasih atau Golden phoenix yang telah saya ambil wujud di barat Malaysia. Walaupun ada mengatakan yang ia merupakan burung jelmaan kayangan, namun burung ini wujud di alam yang nyata. Mungkin kecantikannya menyebabkan burung ini dianggap sebagai burung kayangan dalam masyarakat Melayu lama.

Bagi mengakhiri salam saya buat sementara waktu, saya ingin membuat kesimpulan bahawa setiap insan akan diuji oleh Allah SWT untuk menjadikannya insan yang lebih baik. Semakin baik kita menerima dugaan dan cabarannya, semakin tinggi darjat kita sebagai manusia.

Jutaan terima kasih kepada Dr Hadijah Rahmat yang memberikan ilmu yang bermanfaat kepada saya kerana ilmu sastera yang beliau curahkan menjadikan saya lebih peka terhadap perasaan orang lain dan juga memahami diri saya sendiri dengan baik.

Di sini saya tukil puisi Dr Hadijah Rahmat :

                                                  Sayap

Kubuka kaca jendela
menyingkap langsir pandang
bayu pagi Ramadan mubarak, sejuk lembut
mengembus, menyentuh indera
Siul, kecipan burung-burung
bergetar gegendang sukma
titi pencarian insan.

Dari kehijauan pohon-pohon di lereng bukit
tapi redha tumbuh menampungi,
naungan megah gumpulan, garis-garis awan
putih, kelabu, hamparan langit biru, syahdu
burung-burung terbang lalu, merata arah
mengibar riang sayap hitam kuningnya
menari, menyanyi bagai orkestra
merai fatihah hari, sebuah pesta
pentas nurani kehidupan.

Pagi mulia ini
Begitu perkasa suci kibas sayapnya
Begitu merdu zikir siul sukmanya
Betapa indah jalinan kewujudan
hakikat sebuah citra
Perjalanan
Kesatuan
Alam dan Khalik-Nya
Terungkap dalam
Sebaris ayat-Nya.

Hadijah Rahmat
27 Ogos 2009
6 Ramadan 14

19:54






                                            Kampung Melayu

Kampung Melayu merupakan suatu binaan yang kukuh melambangkan keperibadian masyarakat Melayu. Di sini saya akan memuatturunkan pembinaan rumah Melayu yang begitu kukuh dan tegap.






Pembinaan rumah ini mengukuhkan penerangan Dr Hadijah Rahmat tentang konsep masyarakat Melayu dan kehidupan masyarakat Melayu.Yang menariknya apabila saya membaca artikel beliau, saya dapat mengaitkan pembinaan rumah Melayu dengan ciri-ciri keunggulan pelajar cemerlang. Seorang pelajar yang cemerlang harus mempunyai 4 faktor iaitu :


1.    MAHIR MENILAI KARYA (KOGNITIF)

2.    HARGAI/CINTAI SASTERA (AFEKTIF)

3.    BINA PERIBADI MULIA (NILAI/LAKUAN)

4.    PUPUK BAKAT SENI (POTENSI)



Lima belas tahun dahulu, sewaktu saya mengajar di salah sebuah sekolah di mana ramai pelajar Cina berbanding dengan pelajar Melayu, saya telah memperkenalkan Dikir Barat di kalangan pelajar-pelajar Melayu lelaki. Dikir Barat ini merupakan salah satu cara untuk saya menggalakkan pelajar Melayu mencintai Bahasa Melayu dan budaya Melayu. Dikir Barat itu digerakkan oleh pelajar-pelajar itu sendiri kerana sokongan sekolah tiada. Mereka kemudian bergabungjalin dengan Kelana Purba mengadakan aktiviti-aktiviti menarik.


Walaupun pelajar-pelajar itu sudah berusia 28 hingga 30 tahun, jalinan persahabatan masih tetap kukuh di antara mereka. Saya sangat bangga kerana dapat menggalakkan kognitif, afektif, nilai dan potensi pelajar-pelajar ini.Itulah matlamat saya memastikan setiap pelajar berjaya dunia dan akhirat.

cenderawasih burung kayangan

19:23